BRIM YANG MERESAHKAN
Setiap tahun saya akan menjadi rujukan
warga emas dan perak di kampung. Semuanya bermula bila Najib mengumumkan
pemberian BRIM boleh di semak melalui internet.
Tahun ini, sekali lagi saya menjadi
tumpuan. Selayaknya seperti pejabat hasil dalam negeri, hampir 20 kad
pengenalan di serahkan kepada saya untuk dikemaskini.
Selesai kemaskini mereka akan bertandang
untuk mengetahui status. Ada yang dapat duit datang tersengih-sengih
memberitahu. Ada yang menghulurkan duit sebagai balasan.
Saya biasanya akan menolak. Bukan susah dan pakai modal pun. Sekadar memberi kemudahan dan kegembiraan kepada mereka.
Tahun ini agak berlainan. Ramai yang
datang merungut dan memberitahu duit sehingga sekarang masih belum
diperolehi. Di saat harga barang masih tinggi dan duit kehabisan kerana
keperluan sekolah.
Mereka berpusing-pusing mengharapkan
duit yang dijanjikan. Setakat ini hanya seorang yang dapat duit.
Selebihnya datang bertanyakan duit saya dah masuk belum.
Saya bertanyakan hal ini kepada kawan di LHDN. Menurutnya, duit akan masuk nanti. Masanya tidak diketahui bila.
Saya beritahu hal ini kepada mereka, merungut mereka. Hanya itu yang saya mampu lakukan.
Mereka-mereka ini hanyalah penoreh
getah, penanam padi dan orang yang pencen. Resah kerana harga getah yang
tidak naik-naik walau harga emas naik mencanak, resah kerana padi baru
ditabur, banyak duit diperlukan untuk beli racun dan baja.
Saya mohon kerajaan memberi perhatian
kepada mereka. Janganlah hanya memandang mereka sebelah mata. Mereka
hanya mahu hidup, bukannya memerlukan projek yang bernilai jutaan.
Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan
Penyelaras SAMM Kelantan
No comments:
Post a Comment